Tuesday, October 13, 2009
Majlis Aidli Fitri Masjid Saiyidatina Hafsah bt Umar r.a
Majlis Aidil Fitri yang diadakan di perkarangan Masjid Saiyidatina Hafsah bt Umar r.a, Kelas Pengajian Tahfiz Al Quran (KEPTA) Bunut Sarang Burong, Tumpat pada Isnin 13 Oktober 2009 telah dihadiri oleh masyarakat tempatan.
Imam-imam jajahan Tumpat hadir di Majlis Aidil Fitri Tuan D.O Tumpat
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1430H/2009M anjuran Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat serta Majlis Daerah Tumpat yang diadakan di perkarangan Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Tumpat pada Hari Ahad, 12 Oktober 2009 mendapat sambutan yang meriah. Turut dijemput ialah Imam- imam masjid di jajahan Tumpat. YB Timbalan Menteri Besar Kelantan telah solat Zohor di Masjid Ismaili Bandar Tumpat
Program Masjid Ismaili Bandar Tumpat
Masjid Ismaili Bandar Tumpat akan mengadakan program sempena Aidil Fitri 1430H/2009M pada Hari Jumaat 16hb Oktober 2009/27 Syawal 1430H. Antara program yang akan diadakan ialah Ceramah Membenteras Penyalahgunaan Dadah yang akan diadakan sebelum solat Jumaat. Ceramah berkenaan akan disampaikan oleh pegawai AADK Daerah Tumpat. Solat Hajat akan diadakan selepas solat Jumaat. Sementara pada malamnya pula, Kuliah Maghrib akan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Azhar b Abdullah, Pensyarah KIAS
Subscribe to:
Posts (Atom)
