Tuesday, June 10, 2008

INFO MASTUM

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita menghasilkan blog ini yang dikenali sebagai Mastum iaitu singkatan daripada Masjid-Masjid Jajahan Tumpat.

Pelawat yang dihormati.
Untuk maklumat para pelawat, terhasilnya blog Mastum ini adalah sebagai suatu alat maklumat tentang segala hal ehwal masjid di jajahan Tumpat di mana para pelawat akan dapat segala macam infomasi yang berkaitan dengan masjid di Jajahan Tumpat seperti nama-nama masjid di Jajahan Tumpat, organisasi, dan program masjid yang telah dan akan dijalankan.